Posts

Showing posts from October, 2016

KEM BINA INSAN CEMERLANG SIRI KE 8 TAHUN 2016

Image
KBIC SIRI 8 Tahun 2016 Para remaja atau muda-mudi kita adalah warisan kita bagi masa hadapan. Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati d an dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara. Maka adalah penting bagi kita memastikan agar mereka bersedia untuk membawa obor perjuangan kita pada masa hadapan. Mereka mestilah menjadi orang-orang yang boleh diharapkan, bukan sahaja untuk membina masyarakat dan negara yang maju jaya, tetapi yang lebih penting adalah agar Islam akan terus menjadi panduan masyarakat kita. “Sebenarnya tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat” Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia m